Sukan

Azeem Fahmi berjaya layakkan diri ke Olimpik Paris 2024 dengan ‘wild card’

Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi berjaya melayakkan diri ke Olimpik Paris 2024 selepas diberikan tiket ‘wild card’ oleh Jawatankuasa Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) pada Rabu.

Dengan slot ‘wild card’ tersebut Azeem muncul sebagai atlet ke-23 negara yang bakal mewakili Malaysia dalam acara 100meter (m) bulan depan.

Sebelum ini, KOM dilaporkan perlu menyerahkan nama sama ada Azeem Fahmi atau Shereen Samson Vallabouy kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum 8 Julai ini, sekiranya kedua-dua atlet itu tidak dapat melayakkan diri secara merit.

Muhammad Azeem yang lebih dikenali sebagai Azeem Fahmi merupakan pemegang rekod 100 m kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s).

Beliau turut berjaya melakukan catatan terbaiknya musim ini dengan catatan 10.24 s ketika beraksi pada Kejohanan Olahraga LSU Invitational di Los Angeles pada 27 April lepas.

Dalam masa yang sama, pemain golf wanita negara, Ashley Lau berjaya menempah slot ke Olimpik Paris 2024 selepas berjaya menempatkan diri di tangga ke-50 dalam kedudukan ranking pemain wanita ke Sukan Olimpik, yang dimuktamadkan pada Isnin lalu dan diumumkan secara rasmi oleh Persekutuan Golf Antarabangsa lewat malam Selasa.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close