Sukan

Goh Jin Wei beraksi di Olimpik Paris 2024 tanpa kelibat jurulatih

Perseorangan wanita professional negara, Goh Jin Wei mengaku terpaksa berdikari pada penyertaan pertamanya di pentas Temasya Olimpik apabila jurulatihnya, Nova Armada tidak dapat mengekorinya akibat kuota kad akreditasi yang terhad.

Perkara itu susulan Malaysia hanya menghantar bilangan kontijen atlet yang kecil sekali gus menyebabkan limitasi pengeluaran kad akreditasi kepada pegawai-pegawai pengiring.

“Saya akan berlepas ke Paris pada 23 Julai ini seorang diri tanpa jurulatih saya. Saya juga tidak berlepas bersama pasukan Lee Zii Jia kerana mereka sudah pasti mempunyai perancangan sendiri

“Saya ada cuba berusaha untuk mendapatkan pas akreditasi untuk jurulatih saya tetapi ianya terhad dan saya seorang sahaja yang akan datang tanpa jurulatih,”ujar Jin Wei selepas menerima lawatan Chef de Mission (CDM) Datuk Hamidin Mohd Amin, di pusat latihannya di Cheras.

Mengulas mengenai meminta bantuan dari Badminton Association Malaysia (BAM), Jin Wei mengakui ianya sukar buat Jurulatih di BAM untuk membantu dan memantau di belakang gelanggang atas faktor tidak mengikuti sesi latihannya selama ini.

Namun pemain berusia 26 tahun itu terpaksa akur dengan keputusan tersebut dan mengakui ianya sukar buatnya untuk beraksi di pentas tertinggi, Olimpik tanpa kelibat dan bantuan dari jurulatihnya, namun beliau harus beradaptasi dengan situasi yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, Hamidin mengesahkan, pihaknya sudah membincangkan isu tersebut bersama Jin Wei serta BAM dan juga Nova Armada.

Namun, solusi terakhir adalah Nova masih boleh datang ke Paris tetapi tidak dapat berada di pusat latihan dan perlu berkongsi perkembangan latihan Jin Wei kepada Rexy.

Jin Wei yang juga juara remaja dunia sebanyak dua kali pada tahun 2015 dan 2018 berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik buat kali pertama dalam sejarah hidupnya.

Baca juga:

Related Articles