Negeri

Pemandu lori cedera tersepit kemalangan tiga lori

Seorang lelaki cedera akibat tersepit di dalam lori yang dipandunya selepas terlibat dalam satu kemalangan di Batu 35, Jalan Pontian-Johor Bahru, Pontian, Johor pada pukul 3.26 petang hari Rabu.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Hadnan Abd Rahman melaporkan lori yang dinaiki mangsa terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah lori.

“Mangsa yang berusia 52 tahun tersebut mengalami kecederaan selepas tersepit di bahagian pemandu sebuah lori jenis Hino.

“Pasukan bomba melakukan kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Selepas berjaya mengeluarkan mangsa, dia kemudiannya dihantar ke hospital berdekatan dengan menaiki kenderaan unit EMRS untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Operasi tersebut melibatkan seramai sembilan orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru bersama jentera FRT dan kenderaan unit EMRS.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close