Negeri

Pelajar di Sabah terokai dunia sains melalui Bengkel ‘The World: Magnified”, Plastick World and Exletroplating Chemistry

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melancarkan sebuah Program Bengkel “The World: Magniefied”, Plastick World and Exletroplating Chemistry dengan jayanya di SK St.Dominic Lahad Datu, Sabah pada Khamis.

Program tersebut merupakan salah satu inisiatif Program Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) Camp MOSTI 2024 yang dianjurkan dengan kerjasama Universiti Nottingham Malaysia (UNM), dan Royal Microscopical Society (Great Britain) bagi memperkasakan bidang STEM demi membangunkan bakat Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI).

Dalam masa yang sama, komitmen kementerian dapat ditunjukkan dalam memperkukuhkan pendidikan STEM di Malaysia, dengan memberi tumpuan kepada kawasan- kawasan pedalaman dan luar bandar, bagi memastikan program-program pembudayaan MOSTI adalah inklusif bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir.

Antara manfaat pembelajaran yang disediakan adalah usaha dan momentum pemerkasaan bidang STEM bakal diteruskan lagi dengan dua program perdana MOSTI di Sabah pada bulan Ogos dan September 2024 iaitu Minggu Sains Negara (MSN) dan Malaysia Techlympics.

Program MSN di Sabah akan dijalankan melalui pendekatan program jelajah jangkau luar di bawah inisiatif Kembara Sains Borneo dan dijadualkan akan merentasi sepuluh lokasi utama, bermula dari Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Tambunan, Papar, dan akhiri di Kota Kinabalu.

Pendekatan jelajah ini dirangka dengan teliti untuk memastikan capaian program dan golongan sasaran yang terlibat adalah lebih menyeluruh berbanding pelaksanaan karnival di satu lokasi.

Terdahulu, program ini telah berlangsung pada 24 sehingga 28 Jun ini dengan menyaksikan penyertaan aktif seramai 472 pelajar dari tujuh buah sekolah rendah di daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, dan Tawau, Sabah dalam pelbagai aktiviti STEM seperti bengkel sains, ujikaji ‘hands-on’, dan demonstrasi biologi.

MOSTI mengharapkan pelaksanaan program-program seperti ini dapat membantu memberikan impak positif kepada perkembangan pendidikan STEM dan pembangunan bakat STI di pelbagai peringkat.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close