Nasional

3 anak kapal pesawat TDM cedera, lakukan pendaratan cemas di Kluang

Tiga anak kapal pesawat Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas melakukan pendaratan cemas di Landasan Terbang Kluang, Kem Mahkota Kluang, Johor pada 1.35 pagi hari Jumaat.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Sel Perhubungan Raya Tentera Darat (PRTD), tiga anak kapal tersebut terdiri daripada seorang jurulatih helikopter, seorang penutut kursus dan kru kuartermaster.

“Kesemua kru berada dalam keadaan sedar namun pemeriksaan awal perubatan mendapati mangsa cedera termasuk patah tulang belakang dan luka-luka di beberapa bahagian anggota badan serta kecederaan-kecederaan lain.

“Namun, mereka berada dalam keadaan stabil dan telah dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang untuk rawatan lanjut,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, TDM melakukan tindakan henti terbang sementara (temporary grounded) bagi helikopter jenis M81-11 (agusta L109H) tersebut.

PRTD turut memaklumkan retifikasi dan one-time inspection akan dilakukan untuk mengambalikan status terbang pesawat tersebut dengan segera.

Pada masa yang sama, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Lembaga Siasatan TDM untuk mengenal pasti punca kejadian.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close