Negeri

Pasangan kekasih maut, langgar tiang papan tanda jalan

Satu pasangan dipercayai sepasang kekasih meninggal dunia selepas motosikal yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Besar, Kluang, Johor pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi itu membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia awal 30-an dan seorang wanita berusia 25 tahun.

Menurutnya, motosikal berkenaan dalam perjalanan dari simpang lampu isyarat Mengkibol menghala ke bulatan Batu Pahat sebelum hilang kawalan dan terbabas ke tepi jalan lalu melanggar sebatang tiang papan tanda jalan.

“Akibat pelanggaran yang berlaku, pembonceng motosikal telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami di bahagian kepala dan badan.

“Penunggang yang dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang telah meninggal dunia di zon merah wad kecemasan semasa menerima rawatan akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ujarnya, pengguna jalan raya perlu berhati-hati dan bertimbang rasa supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kemalangan boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Kluang di talian 07-8422277.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close