Sukan

BWF bakal semak semula garis panduan sedia ada ekoran kematian pemain muda China

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bakal menyemak semula protokol tindak balas kecemasannya susulan kematian pemain muda China, Zhang Zhi Jie selepas rebah di gelanggang semasa Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, pada Ahad lepas.

Menerusi kenyataan yang dihantar di laman X, BWF akan memastikan kejadian tragis tersebut tidak berulang lagi dengan mengambil langkah yang perlu bagi mengkaji semula sistem secara menyeluruh dengan berunding bersama Badminton Asia dan Persatuan Badminton Indonesia (PBSI)

“Walaupun Kejohanan Badminton Asia Junior berada di bawah bidang kuasa Badminton Asia, BWF mempunyai garis panduan dan arahan perubatan yang tersedia untuk digunakan oleh badan induk lain yang mengadakan kejohanan serantau atau kebangsaan yang dianjurkan oleh BWF.

“Walau bagaimanapun, terpulang kepada setiap badan pentadbir atas cara protokol yang dilaksanakan sama ada dalam segi protokol mahupun amalan perubatan yang dilaksanakan penganjur acara terbabit.


“BWF ketika ini, sedang menunggu laporan rasmi daripada pihak Badminton Asia dan Jawatankuasa Penganjur Tempatan bagi menilai sama ada prosedur perubatan yang betul dipatuhi dalam memberikan bantuan kepada Zhang apabila dia rebah di gelanggang.


“Mengikut garis panduan, doktor kejohanan, di bawah arahan pengadil, mempunyai tanggungjawab mereka dalam menggalaskan tugas untuk bertindak balas terhadap kecemasan di gelanggang, termasuk disyaki serangan jantung, dan dalam senario ini, persediaan campur tangan daeri segi perkhidmatan perubatan yang sewajarnya seperti ambulans,” ujarnya.

Jelas pihak BWF lagi, pihak mereka sedang menunggu semakan selesai dan bakal menentukan sama ada garis panduan yang ditentukan pada awal tahun ini, perlu diubah suai atau tidak mengikut penilaian BWF dan laporan dari Badminton Asia.

Terdahulu, pemain perseorangan lelaki China, Zhi Jie rebah di atas gelanggang ketika beraksi dan dipercayai berpunca daripada sakit jantung yang dialaminya ketika perlawanan.

Namun, tindak balas yang dianggap lewat oleh pasukan perubatan menimbulkan pelbagai amarah.

Baca juga:


Related Articles

Check Also
Close