Anwar lancar Loji Janakuasa Solar pemasangan hybrid Cypark

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Loji Janakuasa Solar 100 MW pemasangan hybrid Cypark di Merchang, Terengganu pada Rabu.

Anwar berkata usaha seumpama itu penting dalam menjayakan rencana kritikal negara terkait soal transisi tenaga. 

“Marcapada menuntut kita supaya merebut peluang mengaplikasikan penyelidikan terkait soal transisi tenaga seperti yang telah dilaksanakan oleh negara-negara maju. 

“Hatta, saya mengggesa kesemua institusi pendidikan yang menjalankan penyelidikan agar bekerjasama dengan kementerian dan sektor swasta bagi menbangunkan bidang baharu khususnya tenaga solar. 

“Dalam konteks sama, syarikat yang mempunyai kepakaran kemudian harus melatih anak-anak dalam bidang TVET yang dapat menyediakan pekerjaan kepada masyarakat untuk dimanfaatkan demi kemajuan ekonomi dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. 

Perdana Menteri berkata beliau percaya pengukuhan ekosistem itu bertepatan dan seiring dengan sasaran negara untuk mencapai karbon sifar bersih pada 2050.

Baca juga: