Aaron Chia-Soh Wooi Yik nekad mahu hadiahkan emas pertama Malaysia di Olimpik Paris 2024

Pasangan regu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu mencipta sejarah dengan menghadiahkan emas pertama negara di Pentas Olimpik Paris 2024 yang akan bermula 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

Menurut Aaron Chia, azam mahu mencapai sesuatu yang sukar untuk dimiliki orang lain merupakan salah satu pembakar buat dirinya dan pasangan.

“Kami sentiasa mahu mencapai sesuatu yang tidak boleh dimiliki orang lain, saya percaya ia dapat menjadi motivasi untuk kami.

“Saya juga merasakan kali ini boleh menjadi salah satu peluang untuk kami. Tiada tekanan buat kami, hanya mahu nikmati setiap perlawanan dan tidak menyerah kalah.

Dalam masa yang sama, jurulatih beregu negara turut menaruh harapan bagi merasai nikmat memegang pingat emas, meskipun hanya menumpang kemenangan pasangan itu selepas gagal merasai nikmat beraksi di temasya tersebut.

Beliau turut mengungkapkan keterujaannya yang mahu memastikan harapannya bagi pasangan tersebut dapat dicapai.

“Ini adalah salah satu impian saya juga ketika baru masuk BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Ia merupakan salah satu impian saya dalam membantu pemain-pemain bagi melayakkan diri dan beraksi di Olimpik.

“Bagi saya, tiada tekanan diberikan cuma saya mempunyai harapan untuk mencapai sesuatu yang lebih besar sekali gus saya mengharapkan mampu mengecapi apa yang saya mahukan selaku jurulatih mereka,” katanya, ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada Rabu.

Baca juga :

Anda Mungkin Berminat