Seramai 429 individu berusia 18 tahun ke atas masih dilaporkan hilang di seluruh negara sejak tahun 2022 hingga Jun 2024.
Perkara itu dilaporkan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim yang menyatakan kes kehilangan membabitkan 314 lelaki dan 115 wanita.
“Bagi tempoh itu, jumlah kes orang hilang yang direkodkan seramai 2,424 orang terdiri daripada 1,609 lelaki serta 815 wanita,” katanya.
Dalam masa yang sama, pada Khamis, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyatakan orang awam tidak perlu menunggu sehingga 24 jam untuk membuat laporan polis kes kehilangan ahli keluarga mahupun kenalan.
Tambahnya lagi, dakwaan yang mengungkapkan perlu menunggu selama 24 jam selepas kes kehilangan ialah sekadar mitos yang disebarkan tanpa usul periksa.
Razarudin turut menggesa pihak awam untuk segera membuat laporan ke balai polis sekiranya masih tidak menemui mangsa hilang sekali gus tidak dapat menghubungi mereka bagi mengelakkan suatu insiden buruk berlaku.
Baca juga: