Dua maut, lima lagi cedera akibat kereta rempuh lori treler

Kemalangan jalan raya dipercayai melibatkan sebuah lori treler dan sebuah kereta telah berlaku di Kampung Desa, Jalan Lanchang-Mentakab, Temerloh, Pahang pada Sabtu.

Pasukan Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab terus bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Zam Zam Mohamad melaporkan, terdapat tujuh mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

”Dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

”Manakala, lima orang mangsa yang lain mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya ketika kejadian, terdapat mangsa yang tersepit dan berjaya dibawa keluar oleh pasukan bomba dengan menggunakan peralatan memyelamat.

”Kesemua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak PDRM dan KKM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat