Perenang muda negara gagal cipta kejutan di Paris 2024

Perenang muda negara, Tan Rouxin gagal mencipta kejutan dalam penampilan sulungnya di Olimpik Paris 2024, meskipun berjaya memenangi heat 1 pada petang Ahad.

Saringan 100 meter kuak dada wanita menyaksikan perenang berusia 18 tahun itu mencatatkan masa 1:12.50 saat sekali gus menduduki tempat teratas dalam kumpulan itu.

Namun, catatan masa itu tidak mencukupi untuk meletakkan Rouxin dalam kelompok 16 terbaik bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir selepas sekadar berjaya menduduki tempat ke-33 daripada 37 perenang.

Meskipun begitu, penampilan sulung perenang muda itu merupakan satu pencapaian yang membanggakan meskipun kekalahan itu menandakan aksi renang negara dalam Olimpik Paris 2024 sudah sampai di penghungjungnya.

Manakala, seorang lagi wakil negara, Khiew Hoe Yean yang sudah memulakan saingan terlebih dahulu pada Sabtu turut menamatkan saingannya di temasya itu selepas menduduki tempat ke-27 dalam saringan 400 meter gaya bebas lelaki.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2024/07/29/2-wakil-negara-berjaya-tempah-slot-ke-suku-akhir-badminton-paris-2024/

Anda Mungkin Berminat