Malaysia hadiri mesyuarat tergempar OIC hari ini

PUTRAJAYA: Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif di Peringkat Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan diwakili oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam pertemuan di Jeddah, Arab Saudi pada Rabu.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa mereka akan membincangkan jenayah kependudukan Israel yang berterusan terhadap rakyat Palestin dan pencerobohan serta ancaman Israel terhadap kedaulatan Iran.

Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Menteri Luar Gambia sebagai pengerusi Sidang Kemuncak OIC ke-15.

Tambah kenyataan itu lagi, ini adalah peluang kepada Malaysia untuk mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan besar-besaran di Semenanjung Gaza oleh rejim Israel termasuk pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran.