Perantara gesa Israel, Hamas sambung semula rundingan gencatan senjata

Oleh: Farah Faizal

KAHERAH: Pemimpin Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat (AS) menggesa Israel dan Hamas menyambung semula rundingan gencatan senjata pada 15 Ogos ini bagi perjanjian pembebasan tebusan di Gaza melibatkan tahanan Hamas dan Hezbollah.

Dalam satu kenyataan bersama, ketiga-tiga negara meminta kedua-dua pihak bekerjasama menamatkan penderitaan tahanan dan keluarga mereka.

“Israel telah menerima jemputan untuk menghadiri rundingan yang dicadangkan sama ada di Kaherah atau Doha, manakala Hamas masih belum menjawab,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 30 cedera ketika tentera Israel melakukan serangan ke atas dua sekolah yang melindungi penduduk Palestin yang berlindung di timur Kota Gaza.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 39,699 rakyat Palestin telah terbunuh dan 91,722 orang pula cedera akibat peperangan di Gaza sejak jenayah perang pada 7 Oktober tahun lalu.

Anda Mungkin Berminat