Keluh kesah sekolah ‘dekat’ di hati PM

INDERA MAHKOTA: Walaupun sibuk dengan tugasan rasmi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim prihatin dengan fasiliti pendidikan di negara ini dengan memastikan kemudahan tambahan diberi perhatian.

Anwar yang telah diwakili oleh Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi telah berkunjung ke salah sebuah sekolah yang terletak di Indera Mahkota, Pahang dalam sesi Ziarah Kebajikan, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Farhan telah meninjau keadaan fasiliti Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom (SHAKS).

“Saudara Farhan turut beramah mesra bersama ibu bapa, para guru dan pelajar SHAKS.

“Insya-Allah, saya akan terus pastikan persekitaraan di setiap sekolah seluruh negara sentiasa dalam keadaan baik dan terurus sekali gus membolehkan anak-anak fokus kepada pelajaran,” katanya.

Anda Mungkin Berminat