‘Saya umum peningkatan paling tinggi dalam sejarah’ – PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim mengumumkan julat peningkatan pendapatan 16.8 peratus hingga 42.7 peratus bagi penjawat awam yang akan dilaksanakan secara bertahap dan berfasa.

Beliau berkata, pengumuman yang dibuat itu merupakan satu jumlah peningkatan yang paling tinggi dalam sejarah negara ini.

Anwar berkata demikian pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pagi ini.

Beliau berkata, ganjaran hanya diberikan kepada kakitangan awam yang berkhidmat dengan setia, amanah dan cemerlang.

Dalam pada itu kerajaan turut bersetuju agar Sistem Saraan Malaysia (SSM) diganti kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.