Kementerian Ekonomi sokong reformasi perkhidmatan awam

Oleh : Wahida Ramlan

PUTRAJAYA: Kementerian Ekonomi menyambut baik pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 pada Jumaat lalu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan pada hari ini yang menyatakan bahawa pihak kementerian sentiasa komited dalam melaksanakan reformasi perkhidmatan awam.

“Kementerian Ekonomi akan bersama-sama memastikan hasrat murni diterjemahkan di peringkat kementerian dan juga kepada agensi-agensi di bawah pihak kami.

“Penjawat awam sentiasa bersedia untuk melakukan perubahan,anjakan paradigma daripada segi tingkah laku dan pemikiran supaya daya saing negara dapat ditingkatkan,”menurut kenyataan itu.

Pada 16 Ogos lalu, Anwar mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam dinaikkan kepada 15 peratus manakala pengurusan tertinggi dinaikkan pada kadar tujuh peratus, di mana pelaksanaan pelarasan gaji itu dilakukan menerusi dua fasa bermula 1 Disember depan dan 1 Januari 2026.

Anwar turut menyatakan hasratnya yang ingin mereformasi perkhidmatan awam selari dengan penegasan khusus ke atas aspek produktiviti dan kecekapan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat