Oleh: Shafira Aziz
PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengesahkan sistem dalaman mereka digodam seperti tular di media sosial.
Dalam satu kenyataan hari ini, Prasarana memaklumkan pasukan keselamatan siber mereka telah mengenal pasti dan sedang menangani insiden tersebut.
“Kami sedang mengurus dan menangani situasi ini. Kami juga sedang bekerjasama dengan pakar keselamatan siber untuk menyiasat serta mengambil langkah mitigasi.
“Kami ingin mengesahkan bahawa insiden ini tidak memberi gangguan terhadap operasi harian kami kerana keutamaan adalah pada keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan pengangkutan awam,” kata kenyataan tersebut pada Isnin.
Prasarana turut bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity Malaysia untuk memastikan respons yang menyeluruh dalam melindungi sistem mereka.
Pihak Prasarana turut akan memberikan kemas kini dari semasa ke semasa mengenai isu tersebut dan berharap agar ia dapat diselesaikan dengan kadar segera untuk memenuhi keperluan orang awam.
Dalam pada itu, Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854) mula berkuatkuasa pada Isnin untuk meningkatkan lagi keselamatan siber negara.
Ia digubal bagi penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN); kewajipan dan kuasa Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA); fungsi dan kewajipan ketua sektor Infrastuktur Maklumat Kritikal Negara (National Critical Information Infrastructure, (NCII) serta entiti NCII.
Selain itu, penggubalan tersebut adalah untuk mengawal selia pemberi perkhidmatan keselamatan siber melalui pelesenan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan