Fahmi Sembah Maklum kepada Agong Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Selasa untuk menyembah maklum mengenai persiapan sambutan sempena Hari Kebangsaan 2024 Sabtu ini.

Perkara itu dimaklumkan Sultan Ibrahim di laman Facebook miliknya.

Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2024 mempersembah taklimat itu bersama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Tema sambutan pada tahun ini adalah Malaysia Madani: Jiwa Merdeka.

Sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan pada 31 Ogos (Sabtu) bertempat di Dataran Putrajaya pada jam 7 pagi.

Susulan itu, sebanyak 10 jalan utama sekitar Putrajaya ditutup bagi memberi laluan kepada acara tersebut bermula 30 Ogos hingga 31 Ogos.

Antara 10 jalan yang ditutup adalah Persiaran Barat / Lebuh Saujana, Lebuh Sentosa / Lebuh Saujana, Lebuh Sentosa / Lebuh Wawasan, Jalan Presint 8 / Lebuh Wawasan, Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Susur Ke Laman Perdana, Jalan Presint 18 / Lebuh Bestari, Jalan Presint 18 / Jalan Tun Hussein, Lebuh Setia / Jalan Tun Hussein, Lebuh Saujana / Jalan Tun Hussein, Jalan Presint 5 / Lebuh Gemilang Perdana.

Anda Mungkin Berminat