Kunci kereta Honda antara barang hilang boleh tuntut esok

Oleh: Farah Faizal

PUTRAJAYA: Orang ramai yang kehilangan barangan sewaktu berkunjung Floria Diraja Putrajaya baru-baru ini boleh menuntutnya di kaunter informasi Taman Botani Putrajaya, Presint 1 bermula esok.

Perbadanan Putrajaya dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan orang awam boleh membuat tuntutan selama enam hari sahaja iaitu sehingga 8 September ini.

Kaunter tuntutan akan dibuka pada jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan dibuka semula pada jam 2 petang hingga 5 petang.

Terdapat 45 jenis barang yang hilang dan boleh dituntut, antaranya ialah payung, kasut, botol, kad pengenalan, kad bank, telefon bimbit, topi dan sebagainya, wang tunai RM10, kunci kereta Honda dan kunci kereta Perodua.

Anda Mungkin Berminat