Oleh: Hanim Nadia
PINGAT emas pertama Malaysia berpotensi diraih jaguh badminton negara, Cheah Liek Hou di pentas akhir perlawanan badminton Sukan Paralimpik Paris 2024 malam ini.
Liek Hou layak ke final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) buat kali kedua berturut-turut di pentas Paralimpik selepas mengenepikan musuh ketatnya dari Indonesia Dheva Anrimusthi 21-17, 21-17 dalam aksi separuh akhir di Porte de La Chapelle Arena pada Ahad.
Liek Hou akan menentang pemain Indonesia, Suryo Nugroho yang menyingkirkan rakan sepasukannya Muhammad Fareez Anuar di pentas separuh akhir.
Untuk rekod, Liek Hou memiliki kelebihan ke atas Suryo apabila menang 13 kali dalam 17 pertemuan sebelum.
Lapor media tempatan, Liek Hou bukan sahaja mahu mempertahankan pingat emas malah mahu membalas dendam terhadap pemain Indonesia Suryo yang menyingkirkan rakan sepasukannya Muhammad Fareez Anuar di pentas separuh akhir.
Dalam pada itu, Fareez yang kecundang ke pentas akhir akan berentap dengan pemain dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dalam akan meneruskan misi memburu pingat gangsa.