TIADA kaitan antara kanser pada bahagian kepala dengan penggunaan telefon bimbit, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Pengumuman itu berdasarkan kesimpulan ke atas 5,000 kajian yang telah dilakukan mengenai topik itu antara tahun 1994 hingga 2022 yang dilakukan oleh Agensi Perlindungan Radiasi dan Keselamatan Nuklear Australia (Arpansa).
“Rumusannya tiada bukti menunjukkan hubungan antara telefon bimbit dengan kanser otak, kanser kepala dan kanser pada bahagian leher.
“Tumpuan diberikan khusus pada sistem saraf pusat, otak, kelenjar pituitari, kelenjar air liur, dan tumor otak. Kajian turun mendapati tiada perkaitan antara penggunaan telefon mudah alih untuk tempoh jangka panjang melebihi 10 tahun dan tempoh lama ia digunakan setiap hari,” katanya, memetik Washinton Post pada Selasa.
Kajian menyeluruh itu dilaksanakan selepas Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC) di bawah WHO mendakwa medan frekuensi radio seperti telefon bimbit mungkin mendatangkan risiko kanser pada tahun 2011.
Sejak itu ia menimbulkan pelbagai ketakutan dan kerisauan tentang penggunaan jangka panjang telefon bimbit.