BNM kekalkan OPR 3.0 peratus

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus.

Keputusan mengekalkan kadar penanda aras bagi kadar pinjaman dan deposit di negara itu diputuskan pada mesyuarat MPC BNM yang berlangsung hari ini.

Kadar penanda aras yang menjadi rujukan kadar pinjaman dan deposit di Malaysia itu dikekalkan sehingga kini selepas kenaikan pertama diumumkan pada Mei tahun lalu sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus.

Pada Januari sehingga Mac 2023, OPR dikekalkan pada kadar 2.75 peratus selepas empat kenaikan berturut-turut bermula Mei, Julai, September dan November 2022, dengan masing-masing meningkat 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Dalam satu Pernyataan Dasar Monetari (MPS) pada September 2024, BNM telah mengambil keputusan untuk mengekalkan OPR pada kadar 3.0 peratus.

“Tahap OPR ini selaras dengan keadaan ekonomi yang kukuh dan kekal menyokong pertumbuhan.

“Di mana pembiayaan terus tersedia dengan pertumbuhan kredit yang mampan,” katanya.