Mangsa banjir di Selangor meningkat, Johor pula siap siaga buka PPS

SHAH ALAM: Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 107 orang dengan hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu di Kota Setar setakat 9.50 pagi hari ini.

Menerusi laman sesawang info bencana JKM, jumlah itu berkurangan berbanding 10 PPS semalam yang memuatkan 826 orang.

Bagaimanapun, berbeza di Selangor pula yang mangsa banjirnya meningkat kepada 109 orang susulan gara-gara hujan lebat malam tadi menyebabkan satu lagi PPS dibuka di Paya Jaras.

Sementara itu, di Sarawak masih kekal dengan 105 orang yang berada di PPS Betong.

Perak pula mencatatkan satu PPS dibuka di Kerian menempatkan 39 orang.

Tidak hanya itu, JKM Johor bersiap siaga dengan membuka satu PPS di Kota Tinggi bagi menerima sebarang kemungkinan banjir yang melanda di kawasan sekitar.