Malaysia-Pakistan tingkat kerjasama perdagangan dan pertanian

ISLAMABAD: Lawatan Negara ke Pakistan disifatkan ‘amat bermakna’ secara peribadi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pertemuan dengan rakan sejawat, Shehbaz Sharif dan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari selain tokoh industri membuahkan hasil merangkumi pelbagai isu dua hala demi kepentingan bersama.

“Ini jelas membuktikan kesungguhan kepimpinan tertinggi untuk meningkatkan hubungan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, sementelahan terdapat potensi besar dalam hubungan perdagangan yang boleh dipelopori.

“Pastinya, akan ada peningkatan kerjasama dalam semua bidang perdagangan dan teknologi pertanian termasuk berkaitan daging, beras dan import minyak kelapa sawit oleh Pakistan, malah kedua-dua negara akan turut memperluas kerjasama dalam sektor pekerja mahir menerusi bidang kritikal seperti kecerdasan buatan (AI), digital dan semikonduktor,” kongsinya di Facebook pada Jumaat.

Anwar turut mengharapkan hubungan Malaysia-Pakistan akan terus berkembang maju di masa hadapan.

Anda Mungkin Berminat