Oleh: Kamilia Ali
PETALING JAYA: Penstrukturan semula struktur organisasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang diharap mampu menjayakan hasrat dan kehendak pucuk pimpinan.
Pengerusi MPN PKR Pahang, Rizal Jamin berkata harapan itu dinyatakan dalam mesyuarat khas pada 15 September lalu.
“Saya percaya bahawa pasukan yang dibentuk ini adalah kesinambungan dari kepimpinan yang terdahulu semasa MPN PKR Pahang dikemudi oleh Datuk Seri Amirudin Shari dan Fuziah Salleh.
“Adalah menjadi harapan saya agar barisan kepimpinan yang dipilih kali ini dapat menjayakan hasrat dan kehendak beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) selaku Presiden PKR melalui agenda MADANI,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Untuk rekod, Amirudin dan Fuziah kini menggalas tanggungjawab sebagai penasihat MPN PKR Pahang.