AI: Pencari kerja perlu siap sedia hadapi ancaman baharu


Oleh: Haikal Tajuddin

TEKNOLOGI memberi kemudahan kepada manusia dengan tidak perlu lagi membuat kerja berat bagi menyelesaikan sesuatu pekerjaan kerana dibantu dengan mesin yang dijana daripada kecerdasan buatan (AI)

Tambahan lagi, segala kerja yang berkaitan perincian terhadap maklumat-maklumat data mahupun penulisan juga turut diterokai secara semulajadi oleh AI.

AI juga turut disuntik ke dalam pelbagai bidang tidak terutama perniagaan dan penyiaran TV sehingga memperlihat kuasa dominasi kini bukan berada di telapak tangan manusia malah sudah beralih ke teknologi buatan tersebut.

Jadi, bagaimana dengan keadaan manusia? Adakah perkhidmatan manusia tidak lagi diperlukan sekiranya AI ini mampu bergerak secara sendiri?

Seperti yang berlaku di sebuah syarikat gergasi Malaysia iaitu Tiktok yang beroperasi di bawah ByteDance Ltd, dilaporkan membuang 700 pekerja kerana tugas mereka sudah diambil alih oleh AI.

Akibat daripada perkara tersebut, masyarakat mula membuka mata dan menganggap itu sebagai satu ancaman besar kepada mereka terutamanya golongan graduan.

Sehingga ada yang menganggarkan, sekitar 51,000 orang akan hilang pekerjaan akibat AI pada tahun 2025.

Susulan itu, ada yang beranggapan bahawa, langkah terbaik untuk mengurangkan kebergantungan terhadap AI adalah dengan memartabatkan kemahiran pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Namun, adakah benar langkah ini terbaik untuk mengurangkan kebergantungan manusia terhadap AI?

Perkara itu masih menjadi persoalan.

Anda Mungkin Berminat