Oleh: Shafira Aziz
SERI ALAM: Dua individu cedera ringan dalam kejadian kemalangan yang berlaku di Jalan Lembah 20/Jalan Lembah 22 di sini pada 20 Oktober lalu sekitar jam 6.20 petang.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan kejadian kemalangan tersebut yang melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dan motosikal Modenas Kriss.
“Penunggang motosikal, seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun, dan pemboncengnya, kanak-kanak berusia 12 tahun, mengalami cedera ringan akibat perlanggaran tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Pemandu kereta, seorang lelaki berusia 63 tahun, memberhentikan kenderaannya kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian dan berjalan kaki kembali untuk melihat keadaan mangsa.
Mohd Sohaimi turut memaklumkan ke sedang disiasat di bawah Peraturan 3(2)(B) LN 166/59.
Kejadian tersebut turut menarik perhatian warganet apabila video rakaman kemalangan tersebut tular di TikTok, mengumpul lebih 1,495 tanda suka.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas demi keselamatan semua pihak,” tambahnya.