Oleh: Kamilia Ali
FENOMENA ‘takut bini’ yang sering diketengahkan sebagai isi kandungan (content) di media sosial menjadi bahan gurauan dalam kalangan warga maya.
Sering kali, suami yang kelihatan patuh atau menghormati kehendak isteri dilabelkan sebagai ‘takut bini’.
Menerusi perkongsian yang tular di TikTok, akaun @samballapanklang menyatakan ‘content’ sebegini tidak harus dinormalisasikan kerana individu yang bergelar suami seharusnya dihormati.
Malahan video sedemikian tidak perlu dikongsikan kerana boleh membawa perspektif buruk terhadap lelaki.
“Jangan buat ‘konten’content’ macam ini, dalam Islam suami merupakan pemimpin dan pelindung untuk sesebuah keluarga manakala isteri memainkan peranan untuk menjaga dan mentaati suami.
“Kesannya jika kamu buat ‘content’ seperti ini secara tidak langsung menyokong konsep ‘feminism’ (sokong gerakan wanita). Dan ini mengingkari ajaran Islam. Semoga bermanfaat,” jelasnya dalam video tersebut.
Ramai yang bersetuju dengan video nasihat itu, namun masih ada segelintir netizen yang kurang senang dengan mempersoalkan agama dan lebih memihak kepada jantina masing-masing.
“Konten nasihat dan berilmu macam ni bagus tapi jarang la pergi jauh sebab orang kita susah nak terima benda baik,” komen Almasudynizam.
“Ada jugak yang berilmiah, Ahamdulillah terima kasih kongsi,” kata Aswadmanap.
“Bukan nak cakap apa, dia muslim ke? Kalau muslim saya okay. Tapi kenapa konten yang bagus macam ni tapi bukan muslim yang selalunya buat? Kenapa Melayu tak buat konten macam ni?” soal Iskndr98.
“Apa masalahnya kalau sokong ‘feminism’? Masa kamu buat video ini, golongan wanita berhempas pulas lawan dengan kes penderaan seksual dan sebagainya,” hentam sugar_dearest.
Justeru, jadikan platform media sosial serta kandungan digital yang bermakna serta bermanfaat untuk memberi inspirasi bukan sekadar hiburan kosong.