Ulasan | Bila pil kuda dipolitikkan ‘underworld’

Oleh: Liyana Marzuki

LOGIKNYA, berpolitik itu perlukan wang. Wang yang sangat besar. Otai politik sampaikan, sekiranya nak bertanding, poket tiada satu juta, usah harap boleh menang.

Disebabnya, kebanyakan politikus 90 peratus bukan orang berada, kebanyakan ‘struggle’ macam kita. Macam mana depa dapat wang ya?

Parti lagikan pula. Nak tubuhkan dan gerakkan parti pakai duit apa? Bukan calang-calang kosnya.

Makanya, ‘it’s no secret’, bagi dunia politik dananya datang asasnya dari 4 sumber:

1. Sumbangan korporat/ NGO kepada ahli atau parti politik – ini masih ‘level’ putih yakni ‘legal’. Selagi ada bukti terima masuk dan tiada salah guna kuasa, derma bukan sebab nak ‘direct nego’ projek, masih ok.

Tapi isunya, nak jumpa penderma ikhlas sekali. Buat fisabillah untuk negara dan parti, macam mencari jarum peniti di tengah padang. Selalunya ‘tit for tat’. Kalau tak masa sekarang, masa akan datang.

2. Sumbangan pertubuhan antarabangsa – ini masih legal juga. Penyumbang ada transaksi telus keluar dan masuk duit dan dibelanjakan untuk tujuan politik bukan peribadi. Isunya, kalau depa dah derma itu apa agendanya? Adakah nak masuk campur hala tuju negara dan paksa kita ikutnya. Itu pun satu hal yang perlu dikira.

3. Sumbangan rasuah atau tiris dana awam – Ini sangat berleluasa. Sebab ‘penderma’ nya ramai dan mereka pemurah sekali. Tambah ini jalan singkat nak dapat projek melalui Menteri. Semua parti jadi Kerajaan pun dah terkena jua. Dulu mengata UMNO, sekarang PAS, PKR dan DAP pun terpalit. Jana wibawa pula kes klasik, parti buat duit rakyat macam mak pak dia punya, tiris dana awam untuk mereka bermewah-mewah. Untuk keluarga dan menantu pun ada.

4. Yang terakhir dan terpaling bahaya, ialah ‘sumbangan politik’ dari pertubuhan jenayah (underworld). Maknanya, parti politik dibuat sebagai mesin basuh. Sindiket dadah dan pelacuran, jadi ‘sponsor’ ahli politik dan penjawat awam, saban bulan makan duit haram. Bila ‘underworld’ dan dunia politik dah serupa adik beradik, saling mendokong sesama sendiri. Jadilah kita ‘banana republic’.

Sejauh mana politikus menjadi KUDA tungangan penderma, bergantung kepada caranya. Kalau benda tak ‘legal’, dah boleh diugut pula.

‘Underworld’ atau jenayah terancang

Saya nak tekankan contoh 4, kerana itu yang paling bahaya. Bila ‘underworld’ atau jenayah terancang ini dipayungi oleh ahli politik, polis pun susah nak buat kerja. Buat kes saja dilepaskan sebab tangan-tangan ghaib di atas sana. Made sense GISBH (Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings) pun berpuluh tahun kita tak buat apa, bila dah kena tangkap, jenuh pulak parti politik bela mereka.

Baru-baru ini, nampaknya banyak kes-kes diserbu dan dirampas pil kuda. Majoritinya, melibatkan Melayu Islam kita. Sampai penyanyi “bey abe bey” pun kena tangkap juga. Sekarang laki perempuan bab rasuah dan dadah dah tiada diskriminasi gender.

Ironinya, pemimpin Melayu Islam kita tambah yang terpaling Melayu dan terpaling Islam, satu bunyi pun tak keluar. Sunyi sepi seribu bahasa.

Lagi galak nak menghentam “dosa” minum arak orang bukan Islam dari menentang pil kuda di kalangan orang muda seagama. Walhal statusnya sama, haram juga.

Buat kita tertanya-tanya, pejuangan Melayu Islam itu apa benda? Adakah hanya bertempik memaki orang berlainan bangsa? Walhal nasib anak muda bangsa mereka tak ambil pusing. Pil kuda macam dah jadi perkara normal?

Atau adakah ada anasir diperkuda ‘underworld’ juga? Sebagaimana lazimnya berlaku di negara Amerika Selatan. Betapa teruknya rasuah suatu negara, orang politik jadi boneka sindiket merbahaya.

Dan kebanyakkan dalam sejarah di serata dunia, untuk melindungi jenayah, mereka mainkan sentimen bangsa dan agama. Trendnya sama di mana-mana.

Saya sokong polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menghentam mana-mana kartel yang ‘dilindungi’ orang politik. Kerana ini sesungguhnya kanser paling perosak pembangunan negara dan anak bangsa.

Moga jahanam hidup mereka yang menghalalkannya.


***Penulis adalah aktivis politik dan sentiasa berkongsi pandangannya mengenai politik di media sosial.

Anda Mungkin Berminat