Harga Petrol, Diesel Kekal

Oleh: Shafira Aziz

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa harga runcit petrol dan diesel akan kekal stabil bagi tempoh 14 hingga 20 November 2024.

Menurut kenyataan MOF, harga petrol RON97 akan kekal pada RM3.19 seliter dan RON95 pada RM2.05 seliter.

Harga diesel di Semenanjung pula kekal pada RM2.95 seliter, manakala di Sabah, Sarawak, dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Keputusan untuk mengekalkan harga ini adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk memastikan harga bahan api terkawal meskipun terdapat perubahan dalam harga minyak mentah global.

“Kerajaan komited memantau perubahan harga minyak mentah dunia bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan tersebut pada Rabu.

Penentuan harga runcit produk petroleum secara mingguan ini dilakukan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism yang mengambil kira faktor-faktor seperti harga minyak mentah dunia dan kadar pertukaran mata wang.

Anda Mungkin Berminat