Harga Langganan Netflix Di Malaysia Naik

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Platform perkhidmatan penstriman Netflix telah mengumumkan kenaikan harga langganan untuk pelanggan di Malaysia, berkuat kuasa serta-merta.

Harga baru langganan itu dimaklumkan Netflix menerusi kemaskini terbaru di laman sesawang di bahagian informasi Malaysia.

Pelan Asas kini berharga RM29.90 sebulan, naik daripada harga sebelumnya RM28.

Pelanggan untuk pelan Standard, yang dahulunya RM45 sebulan, kini perlu membayar RM49.90, manakala harga pelan Premium telah dinaikkan daripada RM55 kepada RM62.90.

Pelan Mudah Alih, sebelum ini boleh didapati pada harga RM17 sebulan, kini berharga RM18.90.

Pelanggan yang berkongsi pelan Standard atau Premium mereka dengan orang di luar rumah mereka juga perlu membayar RM13 sebulan untuk setiap individu tersebut.

Yuran tambahan ini akan dikenakan kepada pemegang akaun utama.

Dilaporkan kenaikan harga ini dipercayai sebahagian daripada usaha strategi global Netflix untuk memaksimumkan keuntungan, kerana kini mereka berdepan dengan persaingan sengit daripada platform penstriman lain seperti Disney+, Amazon Prime Video dan HBO GO.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat