Malaysia Tuan Rumah Mesyuarat Pengangkutan ASEAN 2024

Oleh: Syahirah Harish

PETALING JAYA: Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN (ATM) ke-30 dan Mesyuarat Pegawai Kanan Pengangkutan ASEAN (STOM) ke-58, yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur dari 18 hingga 22 November ini.

Mesyuarat berprestij itu dijangka menghimpunkan pemimpin pengangkutan ASEAN, pembuat dasar dan pakar industri untuk membincangkan usaha memperkukuh kesalinghubungan serantau dan memacu kemakmuran ekonomi.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menekankan komitmen untuk memastikan keterangkuman dan kelestarian menjadi asas dalam membina komuniti ASEAN yang lebih kukuh.

Mesyuarat itu juga akan melibatkan pembentangan dan perbincangan oleh kumpulan kerja utama dalam sektor pengangkutan udara, darat dan maritim di bawah Pelan Strategik Pengangkutan ASEAN 2016–2025.

“Mesyuarat ini adalah langkah penting Malaysia menuju persediaan menjadi Pengerusi ASEAN pada 2025.

“Malaysia komited untuk meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan serantau, selain memastikan pelaburan terus mengalir ke rantau ini,” kata kenyataan MOT.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat