Tunku Azizah Kini Penuntut UIAM, Netizen Seloroh Jangan Hantar Tugasan Lambat

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kembali ke alam universiti apabila baginda kini bergelar mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Perkongsian itu dibuat melalui akaun TikTok rasmi baginda @cmspahang pada Isnin.

Dalam perkongsian tersebut, Tunku Azizah memuat naik beberapa keping gambar termasuk foto kad pintar UIAM dengan status, “Kembali ke sekolah, doakan saya”.

Menariknya, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah dan gurauan daripada netizen yang teruja dengan berita itu.

“Tuanku, selamat menjadi mahasiswa IIUM. Semoga kita dapat bersua muka di mana-mana kuliyah nanti, amin,” kata seorang pengguna TikTok.

Ada juga yang berseloroh, “Nak ‘apply course’ sama dengan Tuanku lah macam ni.

“”Jangan ‘submit assignment last minute’ Tuanku.

“Group assignment boleh buat dekat istana ke Tuanku?”

“Jangan jadi ‘free rider’ Tuanku… markah semua sama,” demikian antara komen warga maya.

UIAM turut berkongsi hantaran Tunku Azizah mengenai berita tersebut di laman Facebook rasmi mereka.

Sebelum ini, Tunku Azizah dilaporkan telah dilantik semula sebagai Ketua Perlembagaan UIAM untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari lalu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat