Tiga ADUN dilantik Exco baharu Perlis

KANGAR: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis dilantik sebagai anggota baru exco negeri itu berkuat kuasa Isnin, manakala dua penyandang sedia ada digugurkan.

ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah; ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim dan ADUN Sena, Marzita Mansor, masing-masing mengangkat sumpah jawatan di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau.

Dua exco yang digugurkan itu ialah Megat Hashirat Hassan (ADUN Pauh) dan Wan Zikri Afthar Ishak (ADUN Tambun Tulang).

Abu Bakar dilantik memegang portfolio pelancongan, seni dan budaya; dan pembangunan luar bandar manakala Mohd Ridzuan bertanggungjawab untuk portfolio belia dan sukan, dan sains, teknologi dan inovasi.

Marzita pula diberi tanggungjawab menggalas portfolio kebajikan, kesihatan dan keusahawanan.

Sementara itu, lima exco sedia ada dilantik semula dan turut mengangkat sumpah jawatan di hadapan Tuanku Syed Sirajuddin hari ini selepas setahun memegang jawatan itu dengan terdapat perubahan bagi portfolio masing-masing.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat