MACHANG: Tindakan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad yang didakwa muncul memberi bantuan selepas tiga hari banjir besar melanda Kelantan, menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat jajahan itu.
Seorang pengguna media sosial, Niksyuu, di TikTok menyatakan rasa kecewa dengan kelewatan beliau dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir.
“Selama tiga hari banjir di Kelantan, baru nampak batang hidung dan juga video YB Wan Fayhsal, ahli Parlimen Machanglah.
“Walaupun digantung enam bulan dari Parlimen, ramai bertanya kenapa bantuan tidak dihantar lebih awal, jawapan dia, ini fitnah UMDAP. Barangan banyak dibantu sudah.
“Persoalan saya kepada YB Wan Fayhsal, selama banjir dan sebelum banjir pun, ke mana hilangnya anda.
“Dan rakyat tak buta, selama kami ditimpa musibah di Kelantan ini, yang membantu banyak ialah ahli UMNO, tak perlu cakap fitnah, kata barang NADMA lambat sampai, cukup saja. YB sahaja lambat sampai,” katanya pada Sabtu.
Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal mendakwa bahawa bantuan sudah banyak dihantar kepada mangsa banjir, walaupun muncul agak lewat.
Untuk info, setakat 2.19 petang Ahad, mangsa banjir di Kelantan turun kepada 95,632 orang daripada jumlah 97,209 orang di 284 pusat pemindahan sementara (PPS) pagi tadi.
Baca juga: