Oleh: Fazleen Safina
PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan bahawa badan induk badminton negara itu sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
BAM dalam kenyataan ringkas pada Selasa memaklumkan bahawa, pegawai SPRM telah hadir ke ibu pejabatnya minggu lalu untuk mendapatkan maklumat tertentu.
“BAM memberikan kerjasama penuh semasa kunjungan itu dan pegawai menjalankan tugas mereka secara profesional,” menurut kenyataan tersebut.
Pada masa sama, BAM tidak memberi butiran lanjut berhubung maklumat yang diminta oleh SPRM.
Namun, difahamkan, siasatan itu berkait rapat dengan laporan sebuah portal bahawa pemangku Presiden BAM, Datuk V Subramaniam dan Setiausaha Agungnya, Datuk Kenny Goh mungkin akan dipanggil oleh SPRM untuk memberikan keterangan.
Setakat berita ini ditulis, SPRM masih belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.
Baca juga: