PETALING JAYA: Polis Daerah Sungai Buloh memaklumkan kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu telah ditemukan dengan selamat malam tadi.
Dalam satu kenyataan hari ini, Polis berkata Dhiya Azzahra Muhamad Alhalifi, 12 yang tinggal di Subang Perdana Shah Alam telah pulang ke rumahnya.
“Makluman orang hilang telah pulang semula ke rumah pada 8/12/2024 jam 1045 malam. Terima kasih atas kerjasama semua berkongsi info di media sosial,” katanya awal pagi Isnin.
Dalam pada itu, ahli keluarga Dhiya, Fareid Radzi mengesahkan Dhiya telah pulang ke rumah malam tadi di Facebooknya.
“Alhamdulillah Dhiyaa Azzahra sudah dijumpai. Suspek telah ditahan oleh pihak Polis. Terima kasih orang Malaysia yang mendoakan yang baik-baik untuk Dhiyaa Azzahra.
Terdahulu, Fareid memuat naik hantaran meminta orang ramai memberi maklumat jika ternampak kanak-kanak itu yang telah hilang sejak 9 pagi hari Sabtu. Beliau telah membuat laporan polis pada hari sama kira-kira 7.40 petang.
Baca juga: