PETALING JAYA: “Saya akan berjuang hingga akhir,” demikian yang ditegaskan oleh Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol demi melindungi demokrasi negara tersebut.
Beliau menyelar lawan politiknya sebagai ‘pasukan anti-pemerintah’ iaitu Korea Utara yang didakwa telah menggodam pilihan raya negara tersebut pada Khamis.
Dalam pada itu, Yoon turut mempertahankan keputusan untuk memperkuatkuasakan undang-undang tentera jangka pendek sebagai langkah untuk melindungi demokrasi negara berkenaan.
Pemimpin Korea Selatan itu menegaskan bahawa jika sekiranya beliau didakwa dan disiasat, beliau akan mengahadapi semuanya dengan adil dan tepat.
“Sama ada mereka mendakwa saya atau menyiasat saya, saya akan menghadapi semuanya dengan tepat,” katanya memetik laporan media antarabangsa, Reuters.
Pada Khamis, Yoon mengeluarkan kenyataaan bahawa pemimpin Parti Kuasa Rakyat (PPP), Han Dong-hoon berkata, beliau tidak menunjukkan sebarang tanda untuk meletakkan jawatan dan perlu didakwa.
Siasatan ke atas kejadian pada minggu lalu itu sedang dipergiatkan dengan polis pada Rabu cuba menyerbu pejabat Yoon untuk menyiasat tindakannya mengisytiharkan undang-undang tentera.
Terdahulu, pemimpin Korea Selatan itu telah mengisytiharkan deklarasi undang-undang tentera yang dibatalkan beberapa jam kemudian pada minggu lalu mencetuskan krisis politik terbesar di Korea Selatan beberapa dekad.
Baca juga: