Oleh: Hanim Nadia
TEKA teki siapa jurulatih baharu Harimau Malaya (HM) bakal terjawab hari ini.
Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan akan berkongsi tiga perkara mengenai Harimau Malaya, pada Isnin termasuk jurulatih baharu mereka.
“Esok (Isnin) akan diumum berkenaan ketua jurulatih pasukan kebangsaan. Jurulatih skuad B-23, pasukan perubatan dan teknologi yang akan digunakan memberi impak kepada skuad kebangsaan,” tulis baginda menerusi hantaran Instagram Story pada Ahad.
Turut akan diumumkan ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Teknikal Harimau Malaya.
Tunku Ismail turut mendedahkan, mesyuarat bersama wakil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai usaha mendapatkan data pemain warisan Malaysia yang beraksi di luar negara.
“Ada mesyuarat dengan wakil FIFA untuk dapatkan data pemain berdarah campuran Malaysia yang beraksi di luar negara,” kata Tunku Ismail.
Selepas peletakan jawatan Kim Pan-gon sebagai pengendali Harimau Malaya sebelum ini, Pau Marti telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan skuad negara yang mana dibawah pimpinan beliau, skuad negara berjaya merangkul kejuaraan Pestabola Merdeka 2024.
Baca juga: