KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan hukum umat Islam mengucapkan Merry Christmas atau Selamat Hari Natal kepada penganut Kristian, dengan syarat tertentu, adalah harus.
Menurut infografik yang dikongsikan melalui media sosial rasmi di platform X JAKIM pada Ahad, ucapan tersebut harus dilakukan dengan niat muhibbah dan bertujuan untuk memupuk keharmonian antara agama.
“Umat Islam boleh mengucapkan Merry Christmas kepada penganut Kristian kerana hukumnya harus dengan syarat niat untuk muhibbah, tidak berniat mengiktiraf atau membenarkan kepercayaan agama lain dan tidak menggunakan simbol atau lambang keagamaan,” katanya.
Tanggal 25 Disember ini, mereka yang beragama Kristian akan menyambut Hari Krismas.
Sambutan yang sinonim dengan musim sejuk di luar negara ini juga cukup meriah disambut di negara kita biarpun tanpa salji.
Baca juga: