ZURICH: Tokoh disegani dalam Ikhwan Muslimin, Sheikh Youssef Nada dilaporkan meninggal dunia hari ini, kira-kira 12:20 tengah hari waktu Malaysia.
Presiden Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata berita tersebut dikhabarkan oleh anaknya, Hazim Nada di Lugano, Switzerland.
“Telah kembali ke Rahmatullah, Sheikh Youssef Nada (93 tahun).
“Aku bersaksi bahawa Sheikh Youssef Nada telah mengabdi diri dalam perjuangan dakwah sepanjang hayatnya. Jihad beliau dalam bidang bisnes untuk mendanai usaha dakwah global.
“Berbesan dengan Sheikh Yusoff Al Qaradawi, rakan dakwah dan tokoh ilmuan tersohor dunia.
Insya-Allah akan di kebumikan di Lugano Islamic Cemetery, besok Isnin jam 2 petang waktu Switzerland,” tulisnya di Facebook pada Ahad.
Youssef Nada, seorang tokoh yang disegani dalam Ikhwan Muslimin. Beliau menyanggah pembohongan serta mitos dan memberitahu mengenai mengapa pengebom berani mati adalah sah, mengapa wanita Islam tidak perlu memakai burkha dan digalakkan menyertai politik, mengenai Al-Qaeda yang terdiri daripada kumpulan kecil orang gila dan pelbagai lagi idea pemikiran berkisar isu global.
Baca juga: