Oleh: Hanim Nadia
PETALING JAYA: Pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta telah menafikan dakwaan bahawa dia tidak pernah membayar pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) sejak tahun 2017.
Dia menerusi Instagramnya berkata, akan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan perkara itu.
“Sila betulkan kenyataan anda atau tolong dapatkan berita yang sahih. Satu hari nanti saya akan buat kenyataan sebenar-benarnya!” tulisnya di Instastory pada Selasa.
Sementara itu, acara lelongan barangan peribadi milik Che Ta yang sepatutnya berlangsung di kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya hari ini ditunda ke tarikh baharu.
Penundaan itu dibuat oleh Che Ta sebagai defendan kepada Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.
Permohonan penundaan itu dibawa kepada wakil peguam MARA yang enggan dikenali kepada media.
“Assalamualaikum, mahkamah sudah menangguhkan tarikh lelongan awam pada hari esok (Selasa). Tarikh lanjut akan ditetapkan pada masa akan datang dan bergantung atas arahan mahkamah,” katanya.
Lelongan tersebut membabitkan 34 barangan yang berjumlan RM 902,012.46 termasuk sebuah kereta SUV jenama Haval.
Pada 10 Disember lalu, kediaman Che Ta di Kota Damansara diserbu MARA berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Baca juga: