Amaran Scam BNM dedah lima ‘trick scammer’ berjaya dipintas mangsa

Oleh: Kamilia Ali

PETALING JAYA: Orang ramai makin bijak dan peka dengan penipuan atas talian yang dilakukan oleh penjenayah kewangan (scammer).

Bank Negara menerusi sosial media Amaran Scam tampil menggariskan lima modus operandi para penipu kewangan ini dan ramai orang awam yang berjaya mengesannya.

“2024 Wrapped’ anda sudah tiba! Tahun ini, scammer mendendangkan pelbagai tipu helah tapi anda lebih bijak! Pastikan tip-tip cegah scam masih di carta teratas anda. 

“Jika anda menjadi manga penipuan kewangan, segera hubungi bank anda atau NSRC melalui 997,” katanya dalam kemaskini terbarunya.

Tambahnya antara ayat popular diguna oleh mereka ialah “Kami dari Bank Negara Malaysia (BNM). Akaun bank anda telah digodam. Ada kemungkinan akan dibekukan,” dan “Pelaburan dilesen BNM. Peroleh untung besar dalam masa 24 jam!”

Selain itu, memuat turun aplikasi .APK untuk akses kad kahwin digital serta parcel yang tidak dituntut dan meminta penerima mengemaskini maklumat melakui pautan tersebut juga berjaya dipatahkan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat