Sistem digital tukar ‘suka sama suka’, atasi isu sumber manusia -Dr Dzul

Oleh: Haikal Tajuddin 

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengakui bahawa Sistem Pertukaran Suka Sama Suka antara langkah terbaik mengatasi isu sumber manusia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata Sistem Pertukaran Suka Sama Suka membolehkan petugas kesihatan di bawah skim yang sama untuk bertukar antara mereka tanpa melibatkan Bahagian Sumber Manusia (BSM). 

“Platform ini merupakan salah satu langkah KKM dalam menangani isu sumber manusia yang dihadapi pada masa ini,” katanyq yang dikongsi semula di Facebook KKM. 

Sebagai info, sistem pertukaran suka sama suka adalah  Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam KKM itu disasarkan siap sepenuhnya menjelang 1 Jun ini, selain pelaksanaannya dijangka bermula suku ketiga atau keempat 2024.

Dr Dzul  menyifatkan platform itu sebagai antara kaedah KKM menangani isu sumber manusia yang dihadapi ketika ini.

Anda Mungkin Berminat