SPRM lantik 7 ahli panel perundingan baharu

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima pelantikan baharu seramai tujuh orang sebagai ahli panel perundingan suruhanjaya itu.

Pelantikan itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tempoh dua tahun bermula 1 Disember 2024 hingga 30 November 2026.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, tiga daripada tujuh individu tersebut telah dilantik semula, manakala empat lagi adalah lantikan baharu.

“Kesemua individu yang dilantik terdiri daripada golongan profesional serta pakar daripada pelbagai bidang yang diiktiraf atas kebolehan, kepakaran dan integriti mereka,” menurut kenyataan itu.

SPRM berkata, pelantikan itu adalah berdasarkan kepakaran mereka yang diyakini dapat memberi nilai tambah dalam membanteras rasuah serta memastikan keberkesanan operasi dan salah guna kuasa di Malaysia.

Ahli panel perundingan baharu SPRM terdiri daripada Datin Yasmin Ahmad Merican (Pengerusi PPPR), Prof Emeritus Datuk Dr Asma Ismail, Prof Dr Haidar Dziyauddin, Datuk Lee Heng Cheong, Prof Dr Sarjit Singh Darshan Singh, Ali Hassan Mohd Hassan dan Kamaruddin Mape.

Anda Mungkin Berminat