Anwar lancar ladang solar di UK, TNB perkukuh tenaga boleh baharu

LONDON: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan ladang solar berkapasiti 102 megawatt (MW) Eastfield dan Bunkers Hill di United Kingdom (UK).

Ia menandakan kemajuan signifikan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam pasaran tenaga boleh baharu (RE) global.

Majlis pelancaran itu menonjolkan komitmen TNB untuk menerajui sektor RE dengan pelaburan yang merangkumi aset penjanaan tenaga solar dan angin di seluruh UK dan Ireland serta hidro besar di Semenanjung Malaysia.

Projek itu disokong oleh skim Kontrak-bagi-Perbezaan (CfD) selama 15 tahun yang memastikan kestabilan hasil melalui penetapan harga tetap untuk penjanaan RE.

Anwar menyatakan keyakinannya bahawa penglibatan TNB dalam sektor tenaga boleh baharu di UK akan membawa manfaat jangka panjang kepada Malaysia terutamanya daripada segi pindahan teknologi.

Perdana Menteri juga menekankan bahawa Malaysia giat mencari pelaburan baharu dalam sektor TBB didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang teguh dan perkembangan pesat di rantau Asia Tenggara.

Beliau berharap ladang solar itu akan menjadi contoh kejayaan kerjasama antara Malaysia dan UK dalam bidang tenaga boleh baharu, sekali gus mempromosikan usaha global untuk kelestarian alam sekitar.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat