Gigih nak ‘fyp’, lelaki parah diserang singa

PADAH menimpa seorang lelaki apabila diserang seekor singa dalam kejadian di ladang ternakan di wilayah Punjab, India baru-baru ini.

Lapor NDTV, lelaki warga Pakistan dikenali sebagai Muhammad Azeem itu pada mulanya bertindak memasuki kandang binatang buas tersebut tanpa kebenaran pemilik ladang.

Dia seterusnya mengambil langkah drastik apabila cuba mendekati singa itu dalam usaha merakam video tular.

“Ketika Azeem menghampiri singa itu, haiwan tersebut tidak tunggu lama untuk menyerang dan menyebabkannya cedera di kepala, muka dan lengan,” menurut polis.

Susulan itu, pemilik ladang yang mendengar jeritan lelaki berkenaan kemudian bergegas menyelamatkannya sebelum dikejarkan ke hospital.

Azeem dilaporkan berada dalam keadaan kritikal manakala video dia diserang haiwan berkenaan kini berlegar-legar di media sosial.

Sementara itu, pemilik ladang tersebut sudah pun diambil tindakan termasuk pembatalan lesen penternakannya.

Menurut Menteri Kanan Punjab, Marriyum Aurazangzeb, pemeliharaan spesies kucing besar seperti singa, cheetah, harimau, puma dan jaguar dikawal mengikut undang-undang manakala tiada pemeliharan haiwan itu dibenarkan di kawasan kediaman sejak 70 tahun lalu.

“Larangan ketat untuk menyiarkan haiwan ini di laman TikTok atau platform media sosial lain juga sudah pun dilakuan. Piawaian minimum untuk memelihara haiwan itu mesti ditempatkan di luar bandar.

“Pemilik akan diberi masa untuk memindahkan haiwan ini manakala kegagalan untuk mematuhi perkara tersebut akan mengakibatkan tindakan undang-undang,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat