Satu maut, empat cedera tembakan berhampiran Pantai Morib

KUALA LANGAT: Kejadian tembak di perairan berhampiran Pantai Morib, Selangor, pada awal pagi Jumaat telah mengakibatkan seorang maut dan empat lagi cedera.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa mangsa yang maut masih belum dikenal pasti dan empat yang cedera dipercayai warga Indonesia.

“Mangsa terdiri daripada lima lelaki, di mana seorang disahkan maut.

“Tiga daripada mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, manakala seorang lagi menerima rawatan di Hospital Klang,” ,” katanya.

Kejadian tembakan itu dipercayai berlaku di kawasan perairan berhampiran Pantai Morib.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dan IPD Sepang untuk mengenal pasti punca kejadian.

Anda Mungkin Berminat