LOS ANGELES: Kebakaran hutan di California Selatan dianggarkan mengalami kerugian ekonomi lebih AS$250 bilion.
Jumlah itu menjadikannya salah satu bencana alam paling mahal dalam sejarah Amerika Syarikat.
“AccuWeather dan JP Morgan menganggarkan kerosakan awal sebanyak AS$50 bilion, tetapi jumlah ini dengan cepat meningkat kepada lebih tiga kali ganda apabila kebakaran terus merebak melalui kawasan kejiranan di Altadena, Pacific Palisades dan Malibu,” lapor Los Angeles Times.
Dalam tempoh dua hari ini, beratus-ratus anggota bomba bertempur dengan pelbagai kebakaran di kawasan bukit sekitar Los Angeles dan daerah Ventura termasuk kebakaran besar-besaran berhampiran Castaic, mengancam komuniti Brentwood dan Bel-Air serta tanah ladang Ventura County.
Anggaran terkini daripada perkhidmatan ramalan cuaca AccuWeather meletakkan jumlah jangkaan kerosakan dan kerugian ekonomi antara AS$250 bilion dan AS$275 bilion.
Itu merangkumi kos kerosakan, kehilangan nyawa, penjagaan kesihatan, gangguan perniagaan dan kesan ekonomi lain.
Baca juga: